Nabi saw telah mengkhabarkan kepada sahabatnya mengenai golongan AhluLLah ini. Mereka adalah yang mencintai al-Quran al-Kareem. Mereka mendapat keistimewaan di sisi Allah di kalangan manusia2 lainnya. (mafhum hadith : riwayat Nasa’ie, Ibn Majah, dan Hakim)

Friday, February 8, 2013

Apa Itu Islam?

Apa Itu MUSLIM Sudah menjadi suatu perkara biasa di dalam perbualan kita seharian, tua muda seringkali menyebut-nyebut kalimah “Muslim” tetapi amat sedikit pula dikalangan mereka yang benar-benar mengerti dasar maknanya… Disebabkan kerap sangat disebut-sebut orang, hinggakan yang memperkatakan tentang “Muslim” sendiri pun masih mengenalinya secara samar-samar sahaja, apahal pula yang mendengar …Akan tetapi, pengertian “Muslim” secara detail lagi mendalam, golongan cerdik pandai pun tidak kesemuanya yang memahami, apatah lagi orang-orang yang masih jahil. Sebagai contoh, cuba kita lihat kalimah “al-Islam” dan “al-Muslim”. Kita sering menyebut-nyebut dua kalimah ini, bak kata pepatah sudah menjadi buah mulut kita semua. Akan tetapi ada pula dikalangan orang-orang yang selalu melaung-laungkan dua kalimah ini, mereka sendiri pun nampaknya masih samar-samar di dalam memahami konsep makna keduanya. Apatah lagi yang mendengar, bagaikan jauh panggang dari api ! Andainya angka bilangan orang-orang Islam 95% atau lebih dan semuanya mendakwa bahawa diri mereka Muslimin dan menganggap “al-Islam” sebagai agama mereka namun tidak pula keseluruhannya benar-benar faham apa itu “Muslim”dan apakah dia “Islam”.Maka marilah sekarang kita cuba luangkan masa untuk menyelidiki akan makna dua kalimah tadi. Apabila kamu lihat kepada akidah dan amalan manusia semua, maka bolehlah kamu kategorikan keadaan mereka itu kepada tiga golongan mengikut kebiasaan : Golongan pertama : Iaitu golongan yang menyuarakan dengan lantang bahawa mereka bebas berideologi dengan sebarang ideologi dan bebas membuat sebarang tindakan. Semua amalan dan perbuatan kumpulan ini bersandarkan kepada pemikiran mereka sendiri. Apa yang lahir hasil dari perahan otak mereka,maka itulah merupakan jalan untuk mereka bertindak. Golongan ini jangankan hendak mengikut mana-mana agama, malahan beriman dengan sebarang agama pun tidak …..! Golongan kedua : Golongan inilah yang dikatakan beragama secara zahir. Hakikat sebenar mereka ini juga masih berpedomankan idea mereka sendiri. Golongan ini jangankan hendak menjadikan akidah dan syariat sebagai perundangan hidup mereka, malahan mereka mengeksploitasi pula untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka lakukan sekehendak hati mereka, selepas itu mereka cuba mendakwa bahawa apa yang telah mereka lakukan itu sesuai dengan suruhan agama, malahan agamalah yang mengikut telunjuk dan hawa nafsu mereka…! Golongan ketiga : Golongan ini termasuklah orang-orang yang tidak lagi mahu menggunakan fikiran, seolah-olah otak mereka sudah beku, tidak lagi dapat berfikir. Golongan ini semata-mata menjadi Pak Turut. Tidak menjadi soal lah samada datuk nenek mereka kah yang mereka ikuti ataupun orang-orang yang semasa dengan mereka. Golongan pertama tadi bermati-matian memperjuangkan kebebasan, hinggakan tidak tahu lagi landasan yang sebenar. Memang boleh seseorang itu berfikir dengan bebas dengan mengikut landasan atau garisan yang dibolehkan tetapi sekiranya kebebasan yang sampai melewati batasan sudah pasti kebebasan itu bertukar dan membawa kepada kesesatan. Bagi golongan yang kedua, situasi mereka ini lebih buruk jika dibandingkan dengan golongan yang pertama. Andai tadi golongan yang pertama semata-mata sesat, tetapi golongan kedua bukan sekadar mereka sahaja yang sesat, malahan merekalah yang bersikap pembohong munafik pula. Umpama kata pepatah ‘Pepat di luar rencong di dalam’. Golongan ketiga ialah golongan yang teralu promitif dan pasif dari segi pemikirannya berbanding dengan dua golongan tadi.Kesalahan dua golongan diatas adalah disebabkan mereka membebankan pemikiran mereka melebihi dari kemampuan otak mereka sendiri. Akan tetapi kesalahan golongan ketiga ini pula ialah mereka tidak mahu langsung menggunakan pemikiran mereka, malahan kumpulan ini berfikir atau tidak berfikir adalah sama sahaja. “Al-Islam” ertinya – tunduk dan taat setia dengan rela. Orang yang dengan rela hati percaya segala suruhan dan larangan Allah swt dialah yang dikatakan seorang muslim. Dengan pengertian ini, bererti manusia diutuskan ke atas muka bumi ini hanyalah untuk mengikuti segala suruhan Allah dan Rasul-Nya. Manusia tidak boleh hanya berpandukan akal fikiran semata-mata. Semua undang-undang Allah swt tidak boleh diabai-abaikan, umpanya diambil hukum-hakam yang sesuai dengan tuntutan hawa nafsu sahaja dan ditinggalkan mana-mana yang tidak disenangi. Manusia-manusia yang seiring dengan mereka ataupun yag sudah berkubur mereka ikuti,sedangkan Al-Quran dan sunnah Nabi saw mereka ketepikan.

AHLULLAH Pencinta Al-Quran

AHLULLAH Pencinta Al-Quran Siapakah AhluLLah? Begitulah persoalan yang diajukan oleh para sahabat r.a untuk mendapat kepastian daripada Rasulullah saw apabila diberitahu bahawa Allah mempunyai ahli2Nya tersendiri di dunia. Kelihatan bersungguh generasi shbt ingin mengetahui golongan mulia ini..emm..apa tidaknya, spt kalimah BaituLLah yang disandarkan kepada dhat Allah yang maha agung yg melambangkan tempat yang paling mulia di atas muka bumi, begitu juga kalimah “AhluLLah” disandarkan kepada dhatNya maha Mulia semestinya memberi isyarat kepada hamba2Nya yang istimewa. Riwayat yang sahih melalui jalur Anas bin Malik ra bahawa Nabi saw telah mengkhabarkan kepada sahabatnya mengenai golongan AhluLLah ini. Mereka adalah yang mencintai al-Quran al-Kareem. Mereka mendapat keistimewaan di sisi Allah di kalangan manusia2 lainnya. (mafhum hadith : riwayat Nasa’ie, Ibn Majah, dan Hakim) Dalam kesibukan tipu daya dunia, di sana masih terdapat segelintir hamba2Nya yang menghidupkan hati2 mereka dengan suluhan petunjuk al-Quran. Kalam Allah dijadikan panduan menerajui kehidupan supaya sesuai dengan kehendak Pemiliknya. Mereka inilah yang dilabelkan sebagai AhluLLah. Gelaran ini khusus diberikan daripada Allah pemilik cakarewala kepada semua pencinta al-Quran. Mereka berkomunikasi dengan al-Quran seolah2 berkata2 dengan Allah. Setiap ayat difahami sebaiknya, tafsiran demi tafsiran dirujuk bagi mencari hikmah kalam Ilahi, tidak cukup daripada itu, dicuba untuk menghafaz seberapa banyak ayat suci supaya dapat menjadi temannya ketika tiada mushaf di tangan. Lebih hebat, kata2 Allah begitu terkesan dalam jiwa mereka dan terpukau apabila mendengar keindahan kalimah2 agung Allah Tabaraka wa Taala. Ya Rabb, golongkan kami dikalangan ahli2 Mu..golongan yang asing tetapi terlalu istimewa!!! WALLAHU'ALAM

Monday, April 9, 2012

BARISAN KEPIMPINAN PERKEMAT 2012/2013



~::SEMOGA DIHARAPKAN KEPIMPINAN PERKEMAT YANG BARU DAPAT MENJULANG NAMA DI DUNIA DAN AKHIRAT::~

Thursday, December 30, 2010

Makluman Kpd Ahli Alumni MTQ Perak

Salam 1 Ummah kpd semua bekas penuntut MTQ Perak..suka cita dimaklumkan penubuhan Group Rasmi Alumni MTQ Perak di facebook..Mohon kerjasama semua ahli alumni utk sebarkn kpd teman-teman lain,
Kami ingin memaklumkan perubahan tarikh Majlis Sireh Pulang Ke Gagang Alumni MTQ Perak yg dijadualkan pd 1 Januari 2011 ini; ditunda ke satu tari...kh lain yg akan dimaklumkan kemudian..Sekian, Taklif Laisa Tasyrif

Monday, July 26, 2010

LAPORAN REHLAH HUFFAZ MTQ PERAK KE ITQAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR
MA’AHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT
NEGERI PERAK


LAPORAN PROGRAM :
PROGRAM REHLAH HUFFAZ MA’AHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT NEGERI PERAK
KE
INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN (ITQAN)
TARIKH : 22 & 23 JUN 2010



ANJURAN :
PERKEMAT 2010















1.0 PENGENALAN

Persatuan Kebajikan Pelajar Ma’ahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Negerti Perak (PERKEMAT) telah menganjurkan program “Rehlah Huffaz ke Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) pada 22 dan 23 Jun 2010. Program lawatan ini dianjurkan bertujuan bagi mengeratkan ukhwah islamiyyah di antara warga MTQ Perak dan warga ITQAN. Selain itu program ini juga bertujuan bagi bertukar-tukar buah fikiran dan mengambil maklumat berkaitan sistem pengajian atau kemudahan infrastruktur di tempat masing-masing.






2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

TARIKH : 22 & 23 JUN 2010 (SELASA & RABU)
TEMPAT : INSITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN (ITQAN) GEMENCEH
PENGANGKUTAN : SEWAAN BAS (AROWANA EKSPRES)
JUMLAH PESERTA : 36 SISWA MTQ PERAK
: 4 ORANG PENSYARAH
: 1 ORANG KANAK-KANAK (MULYA)



















3.0 TENTATIF PROGRAM


SELASA : 22 JUN 2010

11.30 MALAM : BERTOLAK DARI INTIM

RABU : 23 JUN 2010

5.00 PAGI : SAMPAI KE NEGERI SEMBILAN
: BERSIAP-SIAP DAN SOLAT SUBUH DI MASJID TUNKU

8.00 PAGI : SARAPAN DI PEKAN

9.00 PAGI : TIBA DI ITQAN

9.10 PAGI : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

9.20 PAGI : BACAAN DOA

9.30 PAGI : UCAPAN WAKIL PERSATUAN KEBAJIKAN SISWA & SISWI ITQAN (PAKSI)

9.40 PAGI : UCAPAN WAKIL MTQ PERAK – AL-FADHIL USTAZ MAZLAN B ZAINI

10.30 PAGI : UCAPAN WAKIL ITQAN –

11.00 PAGI : SESI SOAL JAWAB

11.30 PAGI : REHAT DAN KUDAPAN

11.45 PAGI : JELAJAH DI SEKITAR ITQAN DAN SESI BERGAMBAR

12.00 T/HARI : REHAT


2.00 PETANG : SOLAT ZOHOR DAN MAKAN

2.30 PETANG : PERLAWANAN PERSAHABATAN
- BOLA SEPAK (MTQ PERAK TEWAS 4-2)
- PING PONG (MTQ PERAK MENANG SATU SET SAHAJA)
- BADMINTON (MTQ PERAK SERI DENGAN ITQAN)
- SEPAK TAKRAW (MTQ PERAK MENANG SATU SET SAHAJA)
- BOLA TAMPAR (MTQ PERAK SERI DENGAN ITQAN)

5.00 PETANG : MAJLIS PERPISAHAN DAN PENYERAHAN CENDERAHATI

5.30 PETANG : BERTOLAK PULANG

4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Yg Berbahgia Dato’ Sheikh Mohamah Nor bin Mansor Al-Hafiz
Penasihat Program : Al-Fadhil Ustaz Mazlan bin Mohd Zaini
Pengarah Program : Muhammad Hanis bin Ishak
Timbalan Pengarah : Muhammad Fahmie bin Sopian
Setiausaha : Ahmad Muaz bin Ahmad Othman
Bendahari : Muhammad Zahid bin Zamziba

Ahli Jawatankuasa Kecil :

Unit Pengisian & Perhubungan : Muhammad Haikal Fansuri bin Hj Mohd Ayob
: Muhammad Khairul Anuar bin Dahnan

Unit Pengangkutan & Cenderahati : Muhammad Nik Zahir bin Zamzibar
: Nukman bin Jurkapali




5.0 PENGHARGAAN

Kami dari Jawatankuasa Program Rehlah Huffaz MTQ Perak ke ITQAN anjuran PERKEMAT 2010 ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tenaga pelaksana yang sama-sama menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada warga ITQAN yang berhasil memberikan yang terbaik kepada lawatan ukhwah ini. Segala letih jerih dan susah payah yang dilalui bersama pastinya hanya Allah SWT lebih mengetahui, justeru hanya Dia lah yang selayaknya membalas usaha kita semua. Kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung, kami mengucapkan Jazakallahu Khairan Kathira.

Kepada generasi pelapis yang akan menggantikan kepimpinan PERKEMAT sesi 2010, kami doakan kalian dapat meneruskan program-program penuh manfaat seperti ini di masa yang akan datang. Semoga berjumpa lagi di lain program dan di lain masa. Taklif Laisa Tasyrif, Salam Perjuangan.


Disediakan oleh,


……………………………………………….
(AHMAD MUAZ BIN AHMAD OTHMAN)
Setiausaha Program,
Rehlah Huffaz ke ITQAN 2010

DI MANA TUHAN DALAM HIDUP KAMU?

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Bertemu lagi kita dalam Kalam Huffaz edisi ke-4. Kami di sidang redaksi mendoakan agar pembaca kekal dalam kerahmatan serta dapat terus mengecapi 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada dua penuntut Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak, iaitu saudara Khairul Anuar bin Dahnan dan saudara Luqman Hafiz bin Mazlan atas kejayaan mereka berdua menjadi johan bagi kategori masing-masing dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak yang berlansung baru-baru ini. Alfun Mabruk.
Minggu lalu,isu pemakaian tudung ‘meletup’ selepas Perancis dan Belgium mengumumkan usaha mengharamkan pakaian berpurdah termasuk burqa dan niqab. Ketika artikel ini ditulis, di Nantes Perancis, seorang wanita dikenakan denda 22 euro (RM74) kerana memandu dalam keadaan memakai niqab. Kemudian, seorang remaja perempuan di Kosovo Timur, Arjeta Halemi, menghadapi masalah dilarang bersekolah kerana memakai tudung kepala. Pihak sekolah memberitahu Arjeta pada Januari tahun lalu bahawa dia perlu membuka tudung kepala untuk kembali memasuki kelas. Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan dua tahun yang lalu dan pihak berkuasa tidak mahu unsur keagamaan dilihat di institusi awam. Bagaimananpun, Arjeta mewakili golongan memakai tudung yang mencabar peraturan seperti itu.
Inilah realiti yang berlaku di luar sana.Ketika penganut Islam di negara luar bersungguh-sungguh mempertahankan pemakaian menutup aurat sebagai satu tuntutan agama, kenapa masyarakat kita masih lebih Barat daripada Barat? Seolah-olah tidak mengetahui ianya satu perintah Allah. Daripada yang bergelar pemimpin, kemudian golongan cerdik pandai dan profesional, artis-artis hiburan dan orang-orang awam. Hendak dikatakan jahil, boleh pula bertudung sewaktu menunaikan umrah di Mekah. Boleh pula mengenakan tudung ketika majlis akad nikah dan sebagainya. Ini tidak termasuk mereka yang bertudung sekadarnya sahaja tetapi pakaian lain serta penampilan pula terlalu jauh dari apa yang dikatakan menutup aurat dengan sempurna.
Belum sampai seru, tidak mahu dikatakan hipokrit dan seribu satu alasan lain bisa sahaja digunakan. Harus ditanya, tudung itu budaya atau perintah Allah? Jika ia perintah Allah, di mana Allah dalam prioriti kamu? Mungkin jawapannya ialah kerana Tuhan bukan lagi prioriti utama. Sebab itu berani beralasan. Bermalas-malas melakukan perintah Tuhan.
Tulisan ini bukan ingin memberi tahu, tetapi sekadar ingin mencetus mahu. Mahu melaksanakan apa yang disuruh-Nya, dan mahu meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Adapun persoalannya kini, pentingkah TUHAN dalam hidup kamu?

(Artikel ini pernah disiar dalam Kalam Huffaz Edisi Keempat)

TAKUTKAN ALLAH KETIKA SENDIRIAN

Saban hari kita melihat di dalam akhbar dan kaca televisyen perihal keruntuhan akhlak dan salah laku manusia. Perilaku dosa, gejala sosial, maksiat serta jenayah semakin hari semakin membimbangkan kita. Hingga ke satu tahap, persoalan demi persoalan akan mula bermain di minda. ”Mengapakah dia sanggup buat semua ini? Tidak takutkah pada azab Allah di akhirat kelak?
Dalam memperhalusi punca masalah ini, harus kita akui, ada sebilangan manusia yang membuat maksiat secara terang-terangan. Namun, majoriti manusia sebenarnya melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi, ketika bersendirian atau ketika tiada mata-mata manusia melihatnya.
Anak remaja yang kemaruk bercinta sehingga berzina, biasanya lebih sukakan privasi. Kakitangan syarikat yang pecah amanah, melakukannya secara sembunyi. Penguat kuasa undang-undang yang mahukan rasuah, akan memintanya dengan isyarat tersendiri. Pemimpin yang menyeleweng wang rakyat, lebih suka mengaburi perbuatan itu dengan pelbagai aktiviti dan transaksi agar tiada siapa yang curiga. Semua ini dan ribuan contoh-contoh lain menggambarkan manusia cuba menutupi kesalahannya dengan melakukannya secara rahsia. Secara sedar, dia melakukannya di hadapan Allah SWT, Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap perilaku hamba-hambaNya.
Kita ini manusia yang sihat akal, Malah beriman kepada Allah SWT. Cuma lagi, tahap kepercayaan bahawa Allah SWT itu Maha Melihat tidaklah seperti yang diharapkan. Ringkas kata, para pembuat dosa dan pelaku maksiat ini tidak takutkan Allah SWT ketika mereka bersendirian. Berapa ramai dalam kalangan kita yang TAHU DI AKAL Allah itu Maha Melihat? dan berapa ramai pula yang SEDAR DI HATI bahawa Allah itu Maha Melihat?
Itulah sebabnya, Rasulullah SAW berpesan kepada kita agar sentiasa takut kepada Allah. Itulah yang dinamakan sebagai Takwa. Takwa itu adalah rasa takut kepada Allah SWT yang tertanam di dalam hati orang beriman.
Dan Nabi bersabda yang bermaksud :
"Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada dan ikutilah perbuatan yang buruk dengan perbuatan yang baik, maka kebaikan kamu tadi dapat menghapus keburukan dan bergaul lah dengan manusia dengan budi pekerti yang baik" (Riwayat Imam Tirmidzi)
Akhir kata, marilah sama sama kita mencari dan berusaha untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah setiap masa dan ketika, di mana sahaja kita berada. "Jagalah Allah (yakni suruhan dan laranganNya), nescaya Allah akan menjaga kamu, peliharalah Allah, pasti kamu akan dapati Dia di depan kamu". Wassalam.

(Artikel telah tersiar di dalam Kalam Huffaz Edisi Kedua)